PERBEZAAN
‘BARU’ DAN ‘BAHARU’
Baru'
ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau
diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just, manakala 'baharu' pula
membawa maksud new . Dalam erti kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa
yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut:
i.
Mereka
baru sahaja berkenalan.
ii.
Dia baru tiba dari Pulau Pinang.
iii.
Mesyuarat itu baru sahaja selesai.
Manakala
'baharu' (new) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu
yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam
contoh berikut:
i.
kereta baharu,
ii
baju baharu,
iii.
majalah baharu,
iv.
pelajar baharu,
v.
guru baharu
'ALL FROM ZERO'
Biasakan yang betul
ReplyDeleteBetulkan yang biasa