goyang duma

Saturday 24 October 2015

KARANGAN

Sedikit perkongsian ilmu iaitu cara paling mudah dan senang membuat bahagian KESIMPULAN sama ada dalam bahagian rumusan, karangan bahan rangsangan atau karangan umum. Gunakan formula SAM iaitu

S - SIAPA
A - APA
M - MENGAPA

SIAPA - Siapa yang bertanggungjawab / terlibat
APA - Perkara yang perlu mereka lakukan. Mesti kaitkan dengan fokus / tema  soalan
MENGAPA - Tujuan dilakukan


Contoh Soalan :

Huraikan pendapat anda tentang  langkah mengatasi kesesakan di jalan raya.


Contoh kesimpulan menggunakan kaedah SAM

         Kesimpulannya, pihak berkuasa haruslah berusaha mengatasi kesesakan jalan raya di Malaysia supaya orang ramai dapat menggunakannya dengan lebih selesa, lancar dan selamat.


'ALL FROM ZERO'

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kegiatan rempit dalam kalangan remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




 

  


Isi ( IKCLH ) – ISMAIL KENA CIUM LEMBU HITAM    
Isi             - Institusi keluarga yang longgar
Kesan      - Ibu bapa kurang memberi perhatian – hanya mementingkan     kerjaya – anak-anak di rumah tertekanterjebak dengan kegiatan merempit.
Contoh    -  Ibu bapa yang bekerja di pejabat -  dari awal pagi – hingga lewat malam – anak keseorangan di rumah.
Lain contoh – di bandar besar – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu – kos hidup yang tinggi – terpaksa bekerja keras.
Harapan – ibu bapa memberikan perhatian kepada anak-anak – ikatan kasih sayang diperkukuhkan – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.    


Kegiatan merempit dalam kalangan remaja berpunca daripada institusi keluarga yang longgar. Kebanyakan  ibu bapa pada masa kini kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan hanya mementingkan     kerjaya semata-mata. Hal ini menyebabkan anak-anak yang selalu ditinggalkan di rumah sentiasa  tertekan dan merasa diri tidak dipedulikan. Keadaan ini menyebabkan mereka bergaul dengan rakan-rakan untuk menghilangkan kebosanan. Lantaran itu, mereka akan mudah terjebak dengan kegiatan merempit. Ibu bapa yang bekerja di pejabat kerajaan atau swasta dari awal pagi hingga lewat malam menyebabkan anak-anak keseorangan di rumah. Fenomena ini banyak berlaku di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Baharu. Di bandar-bandar tersebut, kos hidup yang tinggi menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Oleh itu,  ibu bapa haruslah memberikan perhatian kepada anak-anak supaya ikatan kasih sayang terus  diperkukuhkan. Ibu bapa perlulah mengambil langkah awal mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala rempit kerana  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.



'ALL FROM ZERO'      





Thursday 22 October 2015

AYAH DAN IBU



HADIAHKAN KEJAYAAN ANDA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA SEBAGAI MEMBALAS JASA MEREKA

TATABAHASA

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.

Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

TATABAHASA

Menukar Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

1. Cakap ajuk ialah penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi perkataan yang
    dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur.
2. Cakap pindah pula ialah laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan berkenaan.
3. Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata.
4. Teliti jenis ayat untuk memudahkan proses menukar dialog kepada cakap pindah
5. Prinsip menulis cakap pindah ialah mengekalkan susunan isi.
6. Semua maklumat dalam perbualan juga hendaklah dikekalkan.
7. Elemen tingkah laku dan emosi kedua-dua orang penutur hendak dimasukkan.
8. Cara pemeriksaan juga secara keseluruhan isi, bukan ayat demi ayat.
9. Perkataan atau ayat yang tidak gramatis (bahasa Pasar) mesti digugurkan atau diganti
    dengan ayat yang gramatis.

Contoh soalan
Adam:  Apa khabar, Johan?
Johan:  Saya baik-baik sahaja. Sudah lama kita tidak berjumpa, ya!
Adam:  Memang benar. Sejak Johan berpindah ke sekolah teknik.
Johan:  Saya minta maaf. Saya tinggal di asrama, susah sedikit hendak keluar.
Adam:  Tidak mengapa. Tumpukan perhatian kepada pelajaran awak..
Johan:  Terima kasih atas nasihat awak  Adam. Saya tidak akan lupa.

Contoh jawapan 

      Adam menyapa Johan dan bertanyakan khabarnya (A1). Lalu, Johan menjawab bahwa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menyatakan bahwa sudah lama mereka tidak berjumpa (A2).  Johan bersetuju dengan kata-kata Adam dan menambah bahawa, hal itu berlaku sejak Adam berpindah ke sekolah teknik (A3). Kemudian, Adam memohon maaf kerana sudah lama tidak berjumpa Johan kerana dia tinggal di asrama dan sukar untuk keluar (A4).  Johan memahami situasi Adam itu dan memintanya supaya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya (A5). Akhirnya, Adam menghargai nasihat Johan dan menyatakan bahawa dia tidak akan melupakannya (A6).
 STRATEGI MENGHASILKAN  PENDAHULUAN RUMUSAN
  

*  Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
*  Kenal pasti fokus / tema  petikan tersebut kerana berdasarkan fokus / tema  itulah
    pendahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
*  Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi
    ayat anda sendiri. Ubah kata kunci fokus soalan kepada perkataan yang    
    sinonim dengannya
*  Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja dan dalam satu perenggan.
*  Mulakan pendahuluan dengan : Petikan membincangkan ...
    Akhiri pendahuluan dengan menggunakan ayat anda sendiri.  Contoh : dalam
    kalangan masyarakat / di negara kita / di Malaysia  dan lain-lain.
  

  CONTOH PENDAHULUAN:

  Fokus Soalan : Faedah-faedah hidup berjiran


  Pendahuluan:  

  Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalam kalangan masyarakat

  Petikan membincangkan kelebihan hidup berjiran di negara kita.

  Petikan membincangkan  manfaat  hidup berjiran di Malaysia.


'ALL FROM ZERO' 
PENANDA WACANA DALAM KARANGAN


A.     Penanda Wacana Untuk Memulakan Ayat Perenggan Pendahuluan
         -     Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
                penjuru dunia ini tentang isu …
-             -         Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
-         Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini, memang kita dapat menyaksikan …
-         Pada era globalisasi ini,
-         Pada zaman pascakemerdekaan ini,
-         Dalam meniti arus kemodenan ini,
-         Dewasa ini,
-         Pada masa ini,
-         Kini,
-         Dasawarsa ini,
-     Kebelakangan ini,
-     Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,
-     Sejak sedekad yang lalu
-     Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
-     Sejak akhir-akhir ini,

B.  Penanda Wacana Untuk Ayat Terakhir Perenggan Pendahuluan
-     Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
               dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
         -     Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
                masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
-         Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik   dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
-         Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …
   -     Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
         dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi
         hingga ke  akar umbi.
    -    Terdapat beberapa langkah/cara/punca/faktor/akibat tentang isu-isu yang telah
          diutarakan.



C.   Penanda Wacana Untuk  Ayat Pertama Perenggan Isi Pertama
   -     Kita dapat menyaksikan betapa…
         -     Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
   -     Lazimnya, dalam keadaan …
   -     Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
   -     Pada hemat saya …
   -     Pada pandangan saya …
   -     Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
   -     Sebagaimana yang kita ketahui
   -     Sebagaimana yang kita maklumi
   -     Sejak awal lagi
   -     Sejak kebelakangan ini
   -     Seperti yang telah dinyatakan
   -     Umum mengetahui bahawa
   -     Lanjutan daripada pernyataan yang telah dinyatakan di atas

D.   Penanda Wacana Untuk  Ayat Pertama Perenggan  Isi Kedua dan Seterusnya
          -    Selain itu,
          -    Selain itu, pada masa ini juga
          -    Di samping itu,
          -    Sementara itu,
          -    Lebih-lebih lagi,
    -    Dalam pada itu,
    -    Lain daripada itu,
    -    Pada waktu yang sama,
    -    Dalam pada itu,
    -    Seterusnya,

E.   Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua Dan Seterusnya Perenggan Isi
         -     Bagi sesetengah orang …
         -     Begitu juga dengan …
         -     Begitu juga halnya dengan …
         -     Bertitik tolak daripada itu …
         -     Bukan itu sahaja …
-     Dalam hal ini …
-     Dalam konteks ini ...
-     Dalam zaman yang serba canggih ini …
-     Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
-     Dengan adanya …
-     Dengan berbuat demikian …
-     Dengan perkataan lain ...
-     Disebabkan hal itu ...
-     Disebabkan keistimewaan inilah kita ...
-     Hal ini berlaku disebabkan...
-     Hal ini berlaku kerana...
        -      Hal ini penting dalam...
-     Hal ini serupa dengan...
-     Hal yang serupa berlaku apabila...
-     Hal ini disebabkan...
-     Hal ini membuktikan bahawa...
-     Hal ini menggambarkan bahawa...
-     Hal ini secara tidak langsung akan...
-     Hal ini semua meninggalkan kesan kerana...
-     Hal ini tentu sekali membuatkan...
-     Hal ini demikian kerana...
         -     Hal ini terjadi kerana...
-     Hal ini disebabkan oleh...
-     Hal ini wujud akibat daripada...
-     Hal ini bersangkut-paut dengan...
-     Hal ini berpunca daripada...
-     Hal ini tercetus apabila....
-     Hal ini timbul apakala...
-     Jadi kita perlu...
-     Jadi kita hendaklah...
-     Keadaan ini tentunya...
-     Lantaran itu sehingga kini...
-     Kesemua ini menyumbang kepada...
-     Kita mengakui hakikat bahawa...
-     Kita sering menonton di kaca televisyen...
-     Kita sering membaca di dada-dada akhbar...
-     Memandangkan keadaan yang sedemikian...
-     Namun sejak kebelakangan ini...
-     Oleh itu, bolehlah dikatakan...
-     Secara logiknya masa yang...
-     Keadaan ini seharusnya boleh...
-     Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini...
-     Kendatipun demikian, kita masih...
-     Hakikat yang paling nyata ialah...
-     Hakikat yang perlu kita pastikan ialah...


F.   Penanda Wacana Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza
         -     Walau bagaimanapun,
-     Walakin begitu,
-     Namun demikian,
-     Daripada perspektif yang berbeza,
-     Jika dilihat dari sudut lain,
-     Dengan kata lain,
-     Kontradiksinya,
-     Di sebalik itu,
-     Dalam pada itu,
-     Dari sudut lain,

G.  Penanda Wacana Untuk Menyatakan Statistik / Jumlah
         -     Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak ...
         -     Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan ...
         -     Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian …. pada tahun …   
               menunjukkan bahawa sebanyak...

H.  Penanda Wacana Untuk Menyatakan Contoh
         -     Contohnya,
         -     Sebagai contohnya,
 -     Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
         -      Biar kita ambil contoh
-      Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
         -      Sebagai analoginya,
         -      Biar kita lihat
         -      Misalnya,
-      Tamsilnya,
-      Sebagaimana yang kita sedia maklum,
-      Antaranya adalah seperti

I.   Penanda Wacana Untuk Menutup Isi Setiap Perenggan
-     Kesannya,
-     Natijahnya,
-     Akibatnya,
-     Akhirnya,
-     Dengan itu,
-     Dengan berbuat demikian,
-     Dengan keadaan sedemikian,
-     Diharapkan


J.   Penanda Wacana Untuk Memulakan atau Memasukkan Peribahasa
-      Bak kata peribahasa,
-      Bak kata peribahasa Melayu,
-      Bak kata orang tua-tua,
-      Bak kata mutiara,
-      Bak peribahasa,
-      Bak kata cendekiawan,
-      Persis kata peribahasa,
-      Persis kata peribahasa Melayu,
-      Persis kata orang tua-tua,
-      Persis kata mutiara,
-      Persis peribahasa,
-      Persis kata cendekiawan,
-      Hal ini sama dengan peribahasa
       -      Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
       -      Fenomena ini dikatakan
-      Masalah ini sama dengan peribahasa
-      Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

K.   Penanda Wacana Untuk Kesimpulan Karangan
       -     Kesimpulannya,
       -     Intihanya,
-     Secara tuntas,
-     Konklusinya,
       -     Sebagai penutup wacana,
-     Sebelum mengakhiri wacana ini,
       -     Sebagai penghias bicara akhir,
       -     Secara keseluruhan,
       -     Secara total,
       -     Dengan ini diharapkan
       -     Mudah-mudahan perkara ini
       -     Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
       -     Jika semua masyarakat berganding bahu, insyAllah perkara ini akan
       -     Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
       -     Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

  ' ALL FROM ZERO'



PERBEZAAN ‘BARU’ DAN ‘BAHARU’

Baru' ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just, manakala 'baharu' pula membawa maksud new . Dalam erti kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut:

i.   Mereka baru sahaja berkenalan.
ii.  Dia baru tiba dari Pulau Pinang.
iii. Mesyuarat itu baru sahaja selesai.

Manakala 'baharu' (new) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 

i.   kereta baharu, 
ii   baju baharu, 
iii. majalah baharu, 
iv. pelajar baharu, 
v.  guru baharu

                'ALL FROM ZERO'

SOALAN RAMALAN 2015

KOLEKSI SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU SPM 2015

1. KELANTAN
    -  K1, K2, SKEMA
2. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
    -  K1, K2, SKEMA K1, SKEMA K2
3. MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)
    - K1, K2, SKEMA K1, SKEMA K2
4. TERENGGANU
    - K1, K2, SKEMA 
5. KEDAH
    - K1, K2, SKEMA K1, SKEMA K2
6. PULAU PINANG
   - K1, K2, SKEMA K1, SKEMA K2
7. JOHOR
   - K1, K2, SKEMA K1, SKEMA K2


            'ALL FROM ZERO'