goyang duma

Saturday 24 October 2015

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kegiatan rempit dalam kalangan remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




 

  


Isi ( IKCLH ) – ISMAIL KENA CIUM LEMBU HITAM    
Isi             - Institusi keluarga yang longgar
Kesan      - Ibu bapa kurang memberi perhatian – hanya mementingkan     kerjaya – anak-anak di rumah tertekanterjebak dengan kegiatan merempit.
Contoh    -  Ibu bapa yang bekerja di pejabat -  dari awal pagi – hingga lewat malam – anak keseorangan di rumah.
Lain contoh – di bandar besar – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu – kos hidup yang tinggi – terpaksa bekerja keras.
Harapan – ibu bapa memberikan perhatian kepada anak-anak – ikatan kasih sayang diperkukuhkan – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.    


Kegiatan merempit dalam kalangan remaja berpunca daripada institusi keluarga yang longgar. Kebanyakan  ibu bapa pada masa kini kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan hanya mementingkan     kerjaya semata-mata. Hal ini menyebabkan anak-anak yang selalu ditinggalkan di rumah sentiasa  tertekan dan merasa diri tidak dipedulikan. Keadaan ini menyebabkan mereka bergaul dengan rakan-rakan untuk menghilangkan kebosanan. Lantaran itu, mereka akan mudah terjebak dengan kegiatan merempit. Ibu bapa yang bekerja di pejabat kerajaan atau swasta dari awal pagi hingga lewat malam menyebabkan anak-anak keseorangan di rumah. Fenomena ini banyak berlaku di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Baharu. Di bandar-bandar tersebut, kos hidup yang tinggi menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Oleh itu,  ibu bapa haruslah memberikan perhatian kepada anak-anak supaya ikatan kasih sayang terus  diperkukuhkan. Ibu bapa perlulah mengambil langkah awal mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala rempit kerana  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.



'ALL FROM ZERO'      





No comments:

Post a Comment