goyang duma

Sunday 1 November 2015

RAMALAN

Last kopek....

Isu-isu yang hangat dan dijangkakan akan keluar dalam SPM 2015.... tapi sekadar ramalan sahaja..

Karangan...
1. Telefon bimbit
2. Semangat kejiranan
3. Perpaduan kaum
4. Media sosial
5. Internet / ICT
6. Sukan
7. Keselamatan jalan raya
8. Masalah disiplin pelajar
9. Kepentingan bahasa
10. Pengangkutan awam
11. Membaca

Novel...
1. Persoalan - kasih sayang,  keberanian, ketabahan, kerajinan
2. Plot -peleraian
3. Pengajaran

Cerpen...
1. Idola
2. Penanggungan
3. Ibu dan Ceper
4. Tiang Cengal Dinding Sayung

Prosa Tradisional ...
1. Dua geliga hikmat
2. Pelayaran penuh peristiwa

Puisi / Sajak
1.  Syair tingkatan 5
2.  Gurindam
3. Harga remaja -  Di perpustakaan


Untuk anak-anak murid cikgu, kelas 5 ICT SMK Taun Gusi semoga kalian akan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2015, terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu. Tidak mustahil untuk memperoleh gred A dalam SPM ini. Cikgu halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan selama dua tahun mengajar kalian. GOOD LUCK


'ALL FROM ZERO'

Saturday 24 October 2015

KARANGAN

Sedikit perkongsian ilmu iaitu cara paling mudah dan senang membuat bahagian KESIMPULAN sama ada dalam bahagian rumusan, karangan bahan rangsangan atau karangan umum. Gunakan formula SAM iaitu

S - SIAPA
A - APA
M - MENGAPA

SIAPA - Siapa yang bertanggungjawab / terlibat
APA - Perkara yang perlu mereka lakukan. Mesti kaitkan dengan fokus / tema  soalan
MENGAPA - Tujuan dilakukan


Contoh Soalan :

Huraikan pendapat anda tentang  langkah mengatasi kesesakan di jalan raya.


Contoh kesimpulan menggunakan kaedah SAM

         Kesimpulannya, pihak berkuasa haruslah berusaha mengatasi kesesakan jalan raya di Malaysia supaya orang ramai dapat menggunakannya dengan lebih selesa, lancar dan selamat.


'ALL FROM ZERO'

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN


Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kegiatan rempit dalam kalangan remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




 

  


Isi ( IKCLH ) – ISMAIL KENA CIUM LEMBU HITAM    
Isi             - Institusi keluarga yang longgar
Kesan      - Ibu bapa kurang memberi perhatian – hanya mementingkan     kerjaya – anak-anak di rumah tertekanterjebak dengan kegiatan merempit.
Contoh    -  Ibu bapa yang bekerja di pejabat -  dari awal pagi – hingga lewat malam – anak keseorangan di rumah.
Lain contoh – di bandar besar – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu – kos hidup yang tinggi – terpaksa bekerja keras.
Harapan – ibu bapa memberikan perhatian kepada anak-anak – ikatan kasih sayang diperkukuhkan – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.    


Kegiatan merempit dalam kalangan remaja berpunca daripada institusi keluarga yang longgar. Kebanyakan  ibu bapa pada masa kini kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan hanya mementingkan     kerjaya semata-mata. Hal ini menyebabkan anak-anak yang selalu ditinggalkan di rumah sentiasa  tertekan dan merasa diri tidak dipedulikan. Keadaan ini menyebabkan mereka bergaul dengan rakan-rakan untuk menghilangkan kebosanan. Lantaran itu, mereka akan mudah terjebak dengan kegiatan merempit. Ibu bapa yang bekerja di pejabat kerajaan atau swasta dari awal pagi hingga lewat malam menyebabkan anak-anak keseorangan di rumah. Fenomena ini banyak berlaku di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Baharu. Di bandar-bandar tersebut, kos hidup yang tinggi menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Oleh itu,  ibu bapa haruslah memberikan perhatian kepada anak-anak supaya ikatan kasih sayang terus  diperkukuhkan. Ibu bapa perlulah mengambil langkah awal mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala rempit kerana  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.



'ALL FROM ZERO'      





Thursday 22 October 2015

AYAH DAN IBU



HADIAHKAN KEJAYAAN ANDA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA SEBAGAI MEMBALAS JASA MEREKA

TATABAHASA

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.

Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

TATABAHASA

Menukar Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

1. Cakap ajuk ialah penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi perkataan yang
    dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur.
2. Cakap pindah pula ialah laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan berkenaan.
3. Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata.
4. Teliti jenis ayat untuk memudahkan proses menukar dialog kepada cakap pindah
5. Prinsip menulis cakap pindah ialah mengekalkan susunan isi.
6. Semua maklumat dalam perbualan juga hendaklah dikekalkan.
7. Elemen tingkah laku dan emosi kedua-dua orang penutur hendak dimasukkan.
8. Cara pemeriksaan juga secara keseluruhan isi, bukan ayat demi ayat.
9. Perkataan atau ayat yang tidak gramatis (bahasa Pasar) mesti digugurkan atau diganti
    dengan ayat yang gramatis.

Contoh soalan
Adam:  Apa khabar, Johan?
Johan:  Saya baik-baik sahaja. Sudah lama kita tidak berjumpa, ya!
Adam:  Memang benar. Sejak Johan berpindah ke sekolah teknik.
Johan:  Saya minta maaf. Saya tinggal di asrama, susah sedikit hendak keluar.
Adam:  Tidak mengapa. Tumpukan perhatian kepada pelajaran awak..
Johan:  Terima kasih atas nasihat awak  Adam. Saya tidak akan lupa.

Contoh jawapan 

      Adam menyapa Johan dan bertanyakan khabarnya (A1). Lalu, Johan menjawab bahwa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menyatakan bahwa sudah lama mereka tidak berjumpa (A2).  Johan bersetuju dengan kata-kata Adam dan menambah bahawa, hal itu berlaku sejak Adam berpindah ke sekolah teknik (A3). Kemudian, Adam memohon maaf kerana sudah lama tidak berjumpa Johan kerana dia tinggal di asrama dan sukar untuk keluar (A4).  Johan memahami situasi Adam itu dan memintanya supaya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya (A5). Akhirnya, Adam menghargai nasihat Johan dan menyatakan bahawa dia tidak akan melupakannya (A6).